Friday, December 31, 2010

nak Victoria's Wings! lelaki-lelaki sila lupakan niat nak klik sini, gi main jauh-jauh..

i want these!!! well the first one i totally jatuh cinta would be back in 2008..


THE HUGE FUSCHIA RIBBON WINGS! Heidi Klum pakai time tu.. it's soooo gorgeous!
2 years later, VS had more wings for their Fashion Show!!

source: marie claire
Actually she cried masa dapat her first wings, dia sangat terharu! She did two different wings for this show.. The first one, it was long and fluffy! but i like this one better.. Cute!

source:blogcatalog
this one is actually my fav!!! it was almost like Heidi Klum's ribbon wings, it's just much more with colours! i mosaic-ed her abs and thighs cuz she's just wearing you-know-what.. hahaha it's Victoria's Secret Fashion Show la braderrrr, HELLLOOOO!!!

kalau kau pakai kat dinner ni kan kawan, memang mau terbeliak la dekan aku tengok.. well, aku nak wings dia je.. berangan nak pakai kalau ada costume party.. alahai, aku jahit sendiri la jawabnya!

p/s: for guys yang gi tengok benda ni.. dont tell me i didnt warn yaa........ terang-terang kat title atas tu kot!

courtesy : Victoria's Secret

Wednesday, December 29, 2010

living in a race..

aku tak tau macam mana nak mulakan ayat untuk kali ni... it's 2010.. and being a 20 really taught me about life, and the people around me.. tak payah la nak plastik lah kan dengan tergedik-gedik jerit-jerit kata aku happy gila for 2010.. no no nooo.. tahun ni most people around me tunjuk their true colours.. hitam putih warna yang mereka tunjukkan tu, Tuhan je la yang tahu kan.. but ada a fraction of these people yang aku truly appreciate.. ada 2-3 orang kawan-kawan aku ni, di mata orang nampak macam dorang ni 'a huge LOSER' dan sangat pathetic tapi they actually understand me alot!
HEART them, may Allah blessed them!

dorang la mengajar aku bersabar.. and they taught how karma goes back around.. so it's true bila orang tua-tua kata kita kena pandai memilih kawan, bukan kawan yang ada harta, atau yang famous lagi glamour kalah Siti atau kawan yang hap-tu-det but kawan yang understand your situation and doesnt pull you down lagi jauh.. someone yang bukan plastik and kept giving me white lies.. cuz frankly speaking, aku pun dah tak larat dah nak tipu sunat.. aku tak boleh la nak please other people all the time kan?? aku tak nak bagi contoh lebih-lebih kat sini, cuz bagi contoh tu pun kadang-kadang dah buat orang terasa.. *kalau yang ini pun ada sesiapa terasa, i mintak maaf banyak-banyak ok* cuma for 2011, i should be more alert when it comes to benda macam ni, so i can have a lil peace in my mind.. tak larat dah la nak sakit hati pasal orang lain.. lagi sakit hati, lagi banyak aku menyumpah, lagi banyak dosa aku dapat.. c'mon, nak kata aku baik sangat pun takde la kan??

mungkin previously aku tak reti sangat nak jaga hati orang kot.. kot lah... tu yang semua pun buat macam bila susah cari aku, bila senang, ko pikir la sendiri.. benda ni pun tak applicable dekat kawan-kawan je.. kadang-kadang relatives sendiri buat macam ni.. bila Stitch kata

OHANA MEANS FAMILY, FAMILY MEANS NO ONE IS LEFT BEHIND...

tapi yang aku rasa being in a family zaman sekarang ni dah macam living in a race.. lagi ramai orang suka tinggalkan kau belakang-belakang.. pastu boleh la boast banyak-banyak... terlalu banyak yang nak dibanding-bandingkan.. memang la tak semua yang buat perangai.. but i'll tell you.. PLENTY.. and i'm glad abang-abang aku dengan mama never leave me, walaupun dulu-dulu result hancus ke, bodoh bengap ke, muka nerd belah tengah ke, rosak kan PC ke, atau hilangkan duit raya ke.. apa pun for 2011 im gonna prioritizekan family and studies dulu.. benda-benda lain, belakang cerita lah... kita buka buku lain and kalau apa-apa bother us, "ignorance will be my new bestfriend..." and hope to see more nice people next year... yada yada yadaaaaaaaaa!

p/s: tak tertakluk kepada kawan rapat dan separe rapat :D saya sayang mereka! kenapa saya sayang mereka? sebab dia besttttttt...

Monday, December 27, 2010

SOS - Save Our Seafood

korang suka makan seafood tak??

suka kan???

lagi 10 tahun korang nak makan seafood lagi takk??

nak kan??

kalau anda sayangkan makanan laut anda dan rasa nak makan dengan anak cucu anda

spread the words people!


for Malaysian Seafood Guide click here
sumber-sumber ini oleh WWF Malaysia! hoyeah!!

Saturday, December 25, 2010

SAKIT PERUT?? cuba ini!

today is christmas! well aku tak la sambut christmas tapi bagi pembaca yang menyambut.. MERRY CHRITMAS TO YA!!

usually tak kira korang sambut perayaan apa sekali pun.. yakni Raya Puasa ke, Qurban ke, Deepavali ke, Chinese New Year ke, Pongal ke or even Gawai sekalipun!!! korang mesti menghadap or to be exact melantak makanan atas meja yang mama korang sediakan.. kalau raya jangan cakap ler, 2 hari sebelum tu dah ada orang hantar mangkuk tingkat setinggi KL tower.. korang le yang perabih kan, ye dok?? *padahal aku pun same je hehehe*

yang ni untuk li-lyne, in case kau makan banyak sangat manok pansuh or janek bakar for Xmas.. pasni makan dengan berhati-hati ye!

so dah telan macem-macem tu, dengan ada la lebih kurang 50 jenis lauk pauk dan 30 jenis kueh yang korang dah telan... 90% bakal ada nya side-effects.. benda ni more tu c*rit-b*rit la.. selalunya ada feel-feel macam ni la ek
simtom-simtom nya ialah:


1) sakit perut
- dalam perut korang ada semcam bunyi tayar baru lepas pancit.. nak metafora dasyat lagi? belon baru lepas kan angin
- macam ada batu kerikil main batu seremban dalam perut.. pergolakan macam bunyi "kruukkk kriukk kriukk krukkkk".. imagine sendiri la weyh...


2) bila buang angin bau nye.. mak aihh!! baeng seyh.. gas asli betul! pernah pergi petrosains?? pernah bau crude oil belum tapis?? haa macam tu la bau dia!


3) kerap ke toilet kerana membuang dot dot dot akibat kec*rit-b*ritan
*aku takut korang tengah makan sambil membaca.. hahaha

ok petua orang tua-tua tu tak la kot but aku bagi korang apa yang mak aku bagi aku makan minum..


1) avoid
- susu and all dairy products cuz benda tu boleh trigger muntah plak.. even gastric yeah.. soya pun try to avoid.. nanti dia curd dalam perut.. KOT? entah la mcam mana boleh curd kan.. aku belajar bio sampai form 5 je.. hahaha.. and cream soup v*no atau c*mpbell pun tertakluk dalam kategori ni aa.. tengok la base apa.. kalau tepung takpe.. tapi base susu.. jangan laa...
- kari, spicy kot.. dah sakit perut nak tambah sakit lagi kan??
- and ALL spicy food and oily food.. deep fried, fast food.. sambal-sambal.. avoid la weyh.. jangan time-time macam ni kau nak mengidam macam-macam..


2) try plak minum
- 100 plus.. cuz nak replace air dalam body.. kalau klinik bagi rehydration salt telan tu pun ok.. sama je fungsi dia..
- air teh pekat... TOO much and korang tak leyh membuang! it gonna cause sembelit plak..
- soup.. clear soup! sup fishball or ayam ok dah kot.. yang ada halia ke.. bagi tolak angin.. TAPI! yang takde rempah ratus la.. not sup utara lahhh pleaseee!!!
- eat fruits.. any fruits yang tak 'tajam'.. macam air tebu tu tajam kat perut jugak la kan..



tu je pesanan aku.. tips2 lain aku tak reti sangat.. well bak kata Mother Gothel, mak tipu si Rapunzel..
"mother knows BEST!"

sumber gambar mak tipu : disneydreaming

Friday, December 24, 2010

bukan fifteen tapi thirty

alhamdulillah! my blog now ada 30 followers.. (it's actually 31, tolak myself would be 30 la kan)
*bungok orang dari ratus-ratus, ribu-ribu.. kauuu?? baru 30??? hahaha jangan buat lawak sarkas beb!!*


sempena dengan itu dan nasihat kawan-kawan saya (tak semua la.. bape kerat je naaa...!!) aku register la nuffnang! yess mula-mula dulu ye-ye aku tak nak buat kan??
*tolong jangan sepak saya.. tolon tolon!!*


tak lah mengharap beribu follower tu kan.. tapi hope orang baca apa aku tulis, gambar apa yang aku tepek.. anything that i came across, i'll writeandpasteandpost it here okie dearies??

TO ALL FOLLOWERS AND BOOKMARKERS, THANK YOU! muwahh!

it's not okay cause it's an issue.. *editted*


aku ada ramai kawan lelaki berperwatakan yang lembut.. but Allah blessed them all, they are all straight ye nyah! and oh yes, i love them all! cause they are very nice people!

but this guy.. he looks normal.. but huh! tengok la sendiri and figure out urself whether is it ok or not okay... tak nak la judgemental sangat *well previously terlepas cakap....*


du'a: mintak jauh family aku dari benda-benda macam ini...

mungkin dia nak Malaysia tenggelam kot.. macam Atlantis? hah jangan nak merepek!

Wednesday, December 22, 2010

malt drink ada wujud kah?? part 2




kalau dulu try istak original.. rasa dia *hak-hak-tuih* sikit la kan..



yang kali ini i tried apple (mine) and peach (abang ajip's) flavoured barbican drink.. puas dah citer istak je.. sian si barbican ni.. "alololo bucuk-bucuk barbican sayang ye??" sungguh sodappp yang ada perisa-perisa ni weyhh..





okay, bagi yang first time try drink mesti akan rasa semacam punya kelat-kelat ala-ala macam korang makan manggis busuk gitu kat tekak you tuu.. tapi for Malaysians yang lidah nipis @ tak tahan makanan pedas *like me* drink ni neutralise kan kepijaran kepedasan Arab Cuisine yang korang telan.. Seriously, Arab food can be very dry and heck bodied with spices.. tak tahu la if drink ni neutralise tekak aku je kan? but that is what i felt la.. ke itu firasat aku semata-mata?? ummm korang try dulu dah bagitaw aku eh?? hahaha






i had dinner with my family dekat an Arab cuisine restaurant.. dia dekat area-area depan gate belakang UiTM section 2.. (tapi kedai ni kat section 7 yeah).. masa kecik-kecik ada gak la makan Arab cuisine tapi kat KL, sumpah la tak ingat kan.. mau-mau nya kedai tu dah bungkus, satu koje la pulak nye teman nak gi mencari nye ye?? yang ni sebelah dobi tak silap.. nama restoran tu pun tak ingat.. pepandai la korang round-round area tu and cari restoran ni.. lagi-lagi penunggu-penung,.. err i mean pelajar! pelajar-pelajar UiTM section 2 korang rajin-rajin la round area ni.. jangan asyik tawaf MidValley dengan Sunway je..


*hahaha kantoi disitu*



i just would recommend to take hummus, soup or something with 'juicy' *is that the word* or 'with kuah' cuz typical Malaysian *like me* (again.. semangat patriotisme sikit.. ahaks..) memang kena something yang ber'gravy' sikit.. but they're selling this barbican drink for rm 4.50 if not mistaken.. masuk duti import ni nyahhhh!! kau ingat benda ni macam rokok kretek ke ape?
*sorry ya mas.. bercanda aja..*






nak tau pasal Istak?? boleh refer dekat post lama.. check kat archive tepi nung..








korang : malas la nak carik.. bagi shortcut la woy!




aku : femalas tol lah korang ni!! nah, klik sini!

Thursday, December 16, 2010

expresi


gambar untuk buat diri sendiri gelak tatkala dibawah tekanan

Tuesday, December 14, 2010

Photostreet : Chapter 1

salam and hi
pictures taken around kuala terengganu.. pasar payang, kampung cina, and seberang takir.. i was sleepy and tired all the way.. so i guess its a so-so picture.. tak gempak pon.. however comments sangat diperlukan..
BTW i like the first picture.. the kids were playing on a somewhat wrecked wheelchair in the middle of the pasar payang itself! ok, tengok semua gambar ye!

yes, my tutor.. again!




another one.....

i like to captioned this a "meeting JKK kampung" hahaha


Monday, December 13, 2010

mari kumpul resipi Jagung!

eheeee... korang suka makan jagung tak??
Jagung Bakar??
Jagung Rebus??
Jagung Stim??
Jagung Cup??
Jagung Pearl?????????????

ni lah jagung pearl, beli kat pasar malam tadi.. too masin for my liking actually but ok laaaa...

sepanjang aku study dari tadika *haah tadika beb* sampai lah masuk degree there's always jagung! anywhere!!! *in malaysia je la, of course*


well honestly in Selangor jagung dia sekarang sangat lah tak sedap.. jagung memang ambil stok frozen je kot.. susah sangat nak cari yang ade X-factor-yang-pergh-superb-gilerr... BUT dulu masa zaman aku tadika, ada satu kedai (sekarang a few actually) kat Kompleks PKNS tu.. Nelson's! (kedai dia kaler hijau kuning) Uuuuu masa kecik-kecik kalau ikut mama pergi PKNS tu memang takkan miss singgah situ and Madeline *madeline punye chicken pie sedap ohh* Ok, kalau dekat Nelson tu ada Jagung Cup, Aiskrim Potong, Aiskrim Putar (maybe yoghurt kot.. macam masam-masam sikit dengan tabur berries.. haha tak ingat derr) Waffle.. Paling tak miss Aiskrim dalam Cone Waffle yang BAPAK BESAR TU... *ade siapa-siapa meleleh air liur??*


Sekarang ni rasanya mana-mana dah boleh jumpa Nelson.. Dah lama tak beli anything kat kedai ni so tak taw la apa rasa jagung dia sekarang kan..


HAAAA


dekat Terangganu macam-macam resipi aku tengok bagi mereka-mereka ni bikin laku kan jagung-jagung mereka..


ok salah satu nya if korang gi dekat Surau dekat area Syahbandar.. betul-betul kat simpang nak keluar surau tu ada la 2-3 gerai cendol, air and so-on.. kat situ jagung di AUMMMM.... air jagung pon dia ada jual..


resipi dia is jagung rebus, garam, butter @ marjerin (butter mahal sikit la but taste heck alot better), sedikit aji-no-moto (i dont like aji that much tapi kalau korang nak letak, ikut citarasa masing-masing la ye..) dan the not-so-secret-ingredient (well after aku bongkar ok!) is krimer!
yesss letak krimer pekat sikit.. kalau jagung rebus tu ada la dalam 2/3 periuk letak dalam 2-4 sudu besar.. alaaaaaaaaa korang adjust-adjust la sendiri.. malu la nak tanya brader tu... hehehe


ok next one is dekat depan Taman Tamadun Islam.. kakak yang buka gerai ni dengan hubby dia.. anak dia pon tolong-tolong sekali.. kakak ni dah gantung banner besar

"Jagung Bakar Special"

memang best la jagung dia.. pasal Marjerin dia sapu tu pon special.. mula-mula i can't figure out apa yang dia sapu kaler coklat-coklat tu.. peanut butter ke??? tapi nampak cam lembik-piek-piek-keceplek je.. but aku rase la.. RASENYE LA KAN resipi dia macam ni..


jagung fresh, garam sikit, aji sikit... marjerin ada terbahagi kepada dua.. marjerin kosong dengan hehehe marjerin special dia.. marjerin + gula hangus!! itu pasal la marjerin piek-piek-keceplek tu kaler coklat! kot... hahaha well, this is just a wild guess.. cuz after dia bakar jagung tu and sapu dengan marjerin ni.. kuah marjerin yang dah cair tu SANGAT LA MANIS! macam makan pop corn!!! and plus i think masa bakar dorang sapu sikit dengan susu condensed.. sooo jadi sangat sedap!

and yang aku dapat through internet Jagung Bakar dekat Teluk Ketapang punya resipi

5biji jagung fresh yang manis
25gram butter
100ml susu skim ferementasi *i think he means kondensasi*
setengah sudu garam
cara-cara:

bakar atas bara arang, at the same time campur butter garam and susu tu.. but save sikit susu untuk merenjis.. bakar sampai separuh masak and at the same time renjis dengan susu skim tu.. sampai masak..

hehehe so ni je resipi kali ni.. tataw la betul ke tak resipi aku bagi kat korang-korang ni.. kalau korang ada resipi bocor.. pass it to me lah ehh??? hahaha

Saturday, December 11, 2010

atas permintaan *tak-berapa* ramai... extend

WARNING : INI CAM-WHORING... EH BUKAN! INI PAGE PERASAN SENDIRI.. KALAU ANDA ALLERGIC DENGAN PEREMPUAN GEDIK SILA JANGAN TEKAN.. TERIMA KASIH!

in between test shoots

*please DO NOT notice ke-demok-an pipi saya*


mek lilin juga jadi bidan terjun bersama-sama


flash buat saya gemuk!

inilah tutor saya yang comel tu!! heeeeeee

credits to cheq mang @ najmi saad
*bajet ninja*


memoirs of a geisha??? ohh puh-leezzz!!!

it's me not d*ana rikas*ri okayy??? hahaha mungkin ada bau-bau bacang tapi bukan orang yang sama *konon*

p/s: only edit backlight and tambah watermark.. malas nak edit buang jerawat.. time ni makeup pun tak sempat atas permintaan photographers yang nak cepat and kejar sewa kimono 20 minit.. dah tak lawa sedar diri sikit la kan??? hehehe

p/ss: photog no3 suruh letak gamba lagi.. sambil promo yea.. terima kasih kepada lecturer photography saya, wak, piang, aming dan cheq mang yang ambil gambar si perasan ni.. siapa-siapa yang perlukan photographers untuk nak kahwin ke tunang ke, grad ke, events ke.. adik lelaki anda sunat sekali pun.. boleh la roger-roger ye!

itchy me

assalamualaikum and good evening ladies and gentlemen..
*ewwwwwwwwwwwwwww bajet pembace berita

tadi i went to a government hospital on the purpose of nak teman mama.. she had infection thingy la la la soo mama suro gi buat checkup jugak.. 'cause for the past one month i had EXTREME BAD RASHES.. ok i had eczema tapi dia macam get worse selepas mandi di satu air terjun kat janda baik.. itchy satu badan..


PLEASE JANGAN KATA AKU KENA SAMPUK BUNIAN SAMPAI AKU JADI GATAL-GATAL MACAM TU OK...


takut la infection ke.. terkena bacteria perosak ke.. klu transmission of virus nakal ke...
so dengan tak pasal-pasal selama beberapa hari ini aku jadi SANGAT PARANOID!


eeeee call me ade perasaan Obsessive Compulsive Disorder.. oh my! tapi bila aku berdoa banyak-banyak supaya tenang kan hati and jauh kan dari penyakit bawaan semua virus-virus dan bakteria sengal itu! InsyaAllah tarappapa.....


so bagi menguatkan lagi keyakinan terhadap body ku, yes.. i went for a checkup dengan doctor *sumpah paranoid punye pompuan*
after long explanation of la la la... the doctor said..
*ayat dia lebih kurang sama dengan bawah.. jangan la expect same ye.. saya bukan voice-recorder*



"jangan risau, you need to know what your illnesses are about.. since you have this and that and dot dot dot.. it's atopic.. bukan macam kudis yang jangkit-jangkit tuu.. but you have your ubat continuously.. eczema memang kena DEPENDENT DEKAT STEROIDS SEPANJANG HIDUP.. KALAU TAK MAKAN, YOU CAN HAVE INJECTION BUT YOURS TAK TERUK.."


aku tak terkejut sangat part inject tu... tak heran sangat la cause kecik-kecik selalu demam and yes, JAB... ouch!


tapi bab LIFETIME STEROID??? Goshhhhhhhhhhhhhh.....
tolong please help me!!!

ohh someone please stop the itchiness!! Ya Allah!! please!!!

gambar: sumber google ; buzzle.com

Sunday, November 21, 2010

jangan kawan saya

yes..

i am a bad friend to many people.. tak layak jadi kawan orang.. sorry if i dont go along with your expectations.. hate me...


Sunday, November 14, 2010

KT - jalan day 1

























p/s: ni bukan gambo semalam eh.. gamba minggu lepas hehehe photostreet punye lom edit.. nanti2 laaa.. gamba ni pun tak edit byk.. malas awok eahh!!
copyrights reserved




Thursday, November 11, 2010

IGNORANCE

Yes, you did it again...

AGAIN

AGAIN

and AGAIN.....

p/s: i'm sorry that i am bad.. sorry for the things 've done wrong...

Saturday, October 30, 2010

tak payah la bace ni.... aku merapu je....

saya baru je balik dari photography assignment trip..

tajuk :
1) architecture
2)flora dan fauna

so we went to bukit tinggi and janda baik for some menembak session.. nak kena hantar print then tepek-tepek dekat photo album and hantar.. kira-kira thats our final paper la...


and yeah one of the thing that i learned for the trip
BEING A PHOTOSHOOT MODEL IS HARD!!!!!

so kalau orang rase setakat ambil gambar, pose gedik sana gedik sini itu senang.. Tak! bagi saya ianya SANGAT SUSAH.... means jadi gedik, ayu atau demure and then kena tahan pose selama few moments dengan mata kena tahan flash bling-bling tu lagi then lenguh-lenguh pipi pasal nak tahan sangat muka bajet cunn tuu pon susah taw tak!!! lagi-lagi aku yang tak mendengar arahan.. ahaaa jangan cakap laa kan..


gambar-gambaran akan ku upload later... tak ambil lagi dari tuan punya kamera...

(hint: kick ass kimono)

p/s: ini experimentation je ek... rasanya lepas ni takde dah buat kije-kije macam ni.. tak ada bakat jadi model.... SOBSOBSOB T_T

Wednesday, October 6, 2010

entah apa aku buat pagi-pagi ni...



aku rasa masa aku kat matrik aku xla se'hard working' kat universiti..


haha kalau kat matrik time-time macam ni (its 4.31am) tido terbongkang dah aku..

malas nak ambil port pasal study.. sekarang im almost-changing into a nocturnal.. harapan la nak aku tidur awal sangat2.. kerja bertimbun derr.. tatawu la kalau dah kerja nanti macam mane entah.. kalau ya tidur awal, by 3am aku dah bangun balik buat kerja... sekarang ni tengah cari color-scheme, nak fit masuk my presentation panel..



plus aku nak jual mounting board color blood-red aku..
jual harga asal kat JT stationary rm4.. harga boleh nego.. hahaha

Friday, October 1, 2010

aint word a bee ai tee see hettch?

setelah lama aku hiatus, got back the strength back to write..

macam biasa la.. post aku semuanya post NAK MARAH ORANG.. *ceit*

like this week been such a lucky week la katakan... i score material technology test and presentation technique.. ok that's the nice part lah kan... :D

tapi you know bila ada je manusia yang TAK PUAS HATI, perasaan PHD...
serius macam nak cuss kat sini, but i prefer doing it offline...

masa , cik epy tampal kertas markah tu, i wasnt keen to see my marks..
AND
bila aku dapat tau my marks for my presentation technique, i wasnt sure if i deserved that kind of marks, walaupun lecturer kata effort setimpal dengan marks yang kitaorang dapat...
dah la hidung aku soksek2 kegatalan time tu.. so i just sit in my place, do my work..

ada gak cam perli gurau like,


"tak nak la cakap dengan ainil selama 82jam.. nak merajuk.."

"ohh ainil, menci-menci!! nak merajuk dengan kau 93minit"

yang itu aku tak kisah la nak merajuk ke.. last aku kena pujuk budak-budak manje nan somel itu... (cepuk sekor2 kang baru tau.. heee)

tapi paling best aku kena, "aku tak faham la kenapa kau boleh skor banyak ni.. yang orang lain skor, aku cam ley caye aaa.. tapi aku tatawu ape yang dalam panel kau yang buatkan prof dengan encik py tertarik.. macam,...."
almost exact words kot..

perasaan aku time tu.....
WHAT THE F*CK WEYH?????

serious tetiba aku faham gila maksud kau dengan expression muka kau yang tak boleh blaaa tu..

AKU
"kalau ko agak2 tak puas hati dengan markah aku, aku tak layak dapat markah, gi aa jumpa prof, deduct je markah aku, aku tak kisah pun.."

masa aku cakap ayat tu.. memang la aku terasa gila vavi la... dia try to be cynical, tapi sorry aaa derr, waa paham kalau lu cakap kias-kias.. waaa tak la bodoh bengap sangat bahasa melayu..

satu lagi kat fb, sibuk je kecoh pasal excellent student... haram aku tak comment...

but at the end of the day,

aku tau what i've done is with my own effort..
and aku sangat bangga aku berusaha dengan kudrat aku sendiri.. bagi yang membantu aku terima kasih banyak-banyak tau!

lagipun waa tak mintak beras lu, wa tak pinjam duit lu...
lu pinjam duit wa ade aaaa...


p/s: thank Allah i'm blessed with good genes.. another bonus for me.. ALHAMDULILLAH..

Saturday, September 4, 2010

between strength in an empty space

i'm not much in the mood of talking, or even typing to my blog lately.. sorry to all my blog readers.. hope i'll get back on my mood soon enough... thanks for your support.. appreciate it much :D

Tuesday, August 31, 2010

Friday, August 27, 2010

gentle reminder to myself, and maybe you too

gentle reminder to myself...

"kau bukan nya perfect sangat nak comment orang.. before nak criticize orang lain cuba cermin dulu diri kau, ada tak kekurangan tu.."


ni gentle reminder to myself.. kalau anda rasa anda juga macam saya.. leave a comment and sama-sama kita muhasabah diri.. atau anda perasan hebat sedikit, lepas baca ni boleh blah dari blog ini.. ok??? THANK YOU :D


p/s: lepas bace blog aion serious aku macam nak tampar mamat 'auww!' yang mengomen dia tu.. tapi since aku tak kenal dia.. bulan puasa lagi tu.. so aku taknak buat dosa.. syadap je la kan?

p/ss: ada baca beberapa blog.. banyak juga yang criticize je kerja diorang.. (cehh macam kau tak buat kan ainil?) this is a personal blog.. this is MY blog.. aku buat blog bukan nak dapat kan 'benefit', pasang nuffnang la pebende (jangan terasa my munchkins and darlings! tak tuju kat korang), index kat google and what-so-ever.. this is my thoughts.. what i feel.. kalau tak nak baca, rasa layout aku tak lawa cam layout korang ke, music box aku annoying ke, tak cukup itu dan ini ke, jangan la tekan ok!!! ngeee~~~ (ini tanda cik ainil geram) heeee!

Thursday, August 26, 2010

al-fatihah kepada nendaku

she have left us..


now i totally understands what it feels like when you are away from home, and tak dapat balik untuk menziarahi..


i got 2 test coming up and 1 quiz

materials tech : tajuk intro to atom, crystalline structure, ferrous and non ferrous metal and polymer (thermoplastics, thermosets and elastomer)

hubungan etnik : bab 1 -4

electric and electronics : alternating current sahaja

plus ada assignments nak kena present lagi..


picture taken from a day before nenek passed away.. for photography class, using d80, low speed.

Sunday, August 22, 2010

ME : now and then

DULU

me (jovial + bubbly)
=
not doing homework / playing around
=
denda dengan cikgu
=
still can score so-so
=
happy :)


NOW


assignments
+
extra-curricular activities
+
after class programs
+
late nights group/club meetings
=
struggling to score
=
panda eyes (not cute)
=
fatigue!
=
not happy
=
grumpy!!
=
dean list???


so is it a good thing or a bad thing?? which is which??

Sunday, August 15, 2010

ainil si pembebel 'selfish'

i feel that im selfish sometimes.. ya Allah, kesiannya dekat orang lain..
like.... i talk alot..
nagging, blabbing, complaining, etc..
kadang-kadang kesian dekat orang yang mendengar.. walaupun most of the time si pendengar akan kata "i don't mind..", "best jugak dengar orang lain bercerita.." tapi seriously bila conversation dah habis, i was thinking, eh asyik aku je yang cakap kan??? betul la kan??
(kau memang banyak cakap and banyak complains, ainil!!)
so next time, your turn to cakap banyak-banyak taw? heee!!! ^-^

Saturday, August 14, 2010

i'm not anorexic but why???

i eat alot.. okay, 'used' to eat alot....



i lose another kilogram this week..


i was 48kg 2 months ago...


3 weeks ago i was 46.5kg..


last week 44kg..


now im 43kg.. someone, help me!!!!!!

Friday, August 6, 2010

misconception anda tentang industrial design

INI POST LAMA
well ini entry agak kearah marah.. tak nak baca jangan klik..

you see, i've been receiving plenty of comments yang tak berapa nak berasas tentang being a designer... fine, call a designer dimwit and all.. tapi kamu orang semua agak-agak barang-barang yang kamu orang pakai seharian tu siapa yang design??


ini termasuk :


berus gigi kamu, botol aerosol sembur nyamuk, botol coke, seterika kamu, laptop mahal kamu, handphone kamu tuuuu... mangkuk jamban pun kitaorang design lah!!
memetik sebuah artikel...



"Industrial Design or ID as it it commonly known as, is a rather specialised profession. Contrary to popular misconception, an industrial designer does not design factory processes. Basically, industrial design is a creative profession . The scope of work deals with the innovative and aesthetic aspect of product design.

Why is it being said that Industrial designers are often required to be multi-talented? This is because, he or she have to be an artist, marketing expert and engineer all roll into one. This profession requires the fine balancing of hardcore practicality and refined sense of aesthetics."

courtesy of : ezinearticle[dot]com

hambek kau.. bold dengan colour-colour siap!


kalau kamu kata kami tak belajar science.. sorry, naik lorry la kan..

human factors in design: ergonomics (include anatomy manusia)

electric and electronics : physics

material technology and processes : polymer and composite material (chemistry)

banyak lagi subject science.. maths pun ada tapi nak add satu-satu banyak sangat ye... so agak-agak yang ada MISCONCEPTION pasal designer ni.. TOLONG LAH UBAH....

soo please!!!! stop comparing me, dengan medic student ke, engineering student ke, law student ke, account student ke, all-those-gaji-ribu-ribu courses ke.. yes, i'm not BETTER la dari segi pointer ke ape ke kan.. tapi at least jangan lah compare something i love to do the most.. at least at the moment. i want to do this since i was young.. please respect my decision to choose industrial design instead of other courses.. kurang-kurang i know i'll be doing it for long time..

mama kata:

"getting into a university is one thing, but getting out from the university with a scroll is another thing.."

haaa ingat tu!!!

Wednesday, August 4, 2010

tolong ingatkan aku

another great song by ana raffali especially lyrics dia...

sangat dalam maksud yang dibawa..


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita..

Sunday, August 1, 2010

nobody punya cover yang terbaik!!

presenting janice and sonia! from australia!

di 'rekemen' oleh encik zapey and cik ama..

tak silap diaorang ni memang korean, but lived in australia for quite long.. c'mon la australian accent pekat but still can sing in korean.. maybe malaysian people kena ambil iktibar..

JANGAN LUPA DARATAN, KALAU DAH LAMA SANGAT DI ANGKASA LEPAS.. TAKUT METEORS DAN COMETS LANGGAR KAMU-KAMU..

LALU ANDA 'BURN BABY BURN'.. SYIANG KE MUNG, HAHAHA.. (MAAF NI DAH KATEGORI MERAPU) :D

BTW sumpah suara diorang best!! it makes me wanna sing this song again and again!! and try juga dengar lagu OFFICIALLY MISSING YOU from them.. ohhh touching!!

have a listen!

p/s: HAPPY FRIENDSHIP DAY EVERYONE!! I LOVE EACH AND EVERY OF YOU ALL!! DAH LA KORANG TAHAN DENGAN PERANGAI AKU NI.. YOU GUYS ARE THE BEST PEOPLE IN THE WHOLE WORLD!!! MUUWACH!! NGEE~~

Saturday, July 31, 2010

yeehaa!!!!



YEAY!! RAHASIA TERBONGKAR!!


dengan ini disiytiharkan bahawasanya ainil medapat pertama dalam kelas untuk sem ini!! hahaha!
(padahal kalau ikut kira cgpa masih ditangga kedua.. cisssss siap ko this sem)



maknanya aku kena berusaha sampai cgpa aku ranking pertama.. bertamak halobanya aku..


dah la dalam industrial design, SANGAT LA SUSAH NAK DAPAT DEAN LIST...
pasal professor and lecturer aku tu sangat la fussy.. grrr....


apapun..
AINIL, aza fighting!!!!!!!

Thursday, July 29, 2010

malaysia inovatif exhibition!!

place : terengganu trade centre, 30-31 july 2010 8.30am -5.00pm
semua orang gi solat jumaat.. me.. all alone kat booth Universiti Sultan Zainal Abidin..
depan ni booth MRM mmg gatal la aku mintak notebook dia.. hahahaaha
kerja esei keusahawanan tak siap lagi.. malam la....
GOSH TOLONG LA SOMEONE PUSH ME BUAT KERJA!!!
i'll update the pictures later aite.. daaaa!!

Monday, July 19, 2010

5 sebab untuk date seorang pereka

kenapa anda harus date pereka??

credits to : http://akustik90.blogspot.com/

5 Reasons Why You Must Date A Designer


1. Designer is a group of people who think critically,simply,creatively and also inventively. It means that they will think that way to make you happy and feel pleasure.

2. Designers are people who worked to overcome problems and try their best to make sure the problems is settled. So,whenever you had problems,they will also try their best to overcome your problems.

3. Designers are not like an engineer, (oopsiee!! sorry bakal-bakal engineers sekalian!!) who had been restricted according to their rule(of work), a designer's work is according to their desire. Hence, you will not feel like you're been 'prisoned' by them as their work on freedom and free-thinker.

4. Designers are futured-thinker. You'll be facing all your time together are well-planned. So, you'll wont get any trouble.
(part ni i'm not that sure... hehe cause what i usually plan, jadi dot dot dot......)


5. Designing is their main profession,. Every time they design something, you will be the first to try on and you surely will get limited item/s that only you than other people in the world will have that item/s.

Saturday, July 3, 2010

Vivo dan rambut Go Mi Nam

seseorang mengata kan saya kuat makan.. hahaha

post kali ni malas nak taip.. sakit tangan ohh... apa-apa pun ViVo pizza memang best.. different from typical pizza house yang lain.. and price dia pun surprisingly reasonable!! hahaha


iced choc + hot green tea
my mom loves the tea.. dia kata sangat fragrant and the green tint kat tea tu sangat cantik..
(hijau dia sangat terang cam rumput!!) and ice chocolate dy memang chocolate-y cause i think dia guna bittersweet chocolate.. pahit sedikit


waldorf chicken salad @ 7.80++
plenty of lettuce and tomatoes and includes fresh cut oranges and granny apples.. got four big pieces of fried chicken strip.. the chicken had fragrant smell though.. macam berempah sedikit


smoked salmon pizza 7' (4pcs) @ 15.90++ and garlic bread




later gi potong rambut kat APT sambil scalp treatment.. hair done by Nicholas..
ada macam goo mi nam tak???


Friday, June 25, 2010

aku rindu europe

INI ENTRY SEMALAM TAPI TERTIDUR PUNYA PASAL.. HUJAN WEYH!! TAK TAHAN AKU DENGAN TEMPTASI NYA..
ohh today pergi bank dengan mama dekat shah alam. nak bertanyakan status investment kitaorang. i invested that when i was like.. what?? 11 years old???


(ohh yess aku mula menggilai income dari investment di bank sejak kecil)

THEN


i thought investing money in bank are the safest...


NOT!!!


8 years later, we found out i had 3-digit loss figures and mom's 4 digit figures.. NICE LA KAN??


we sold 2 of the investment.. another 2 kitaorang simpan cause nak tunggu harga naik and tak lah risky sangat compare to the other one..

lepas tu mama decide nak belanja makan burger king..


ahaha sebenarnya hari ni tak ada mod makan fast food.. balik cuti ni macam-macam dah telan..


McD

KFC

Pizza Hut

Domino's

Wendy's

Subways

Popeye's je belum..


tapi keluar je dari burger king tu... mak aih!!!!


SUMPAH MACAM PAGI AUTUMN NAK MASUK WINTER KAT FRANKFURT...


sejuknya ke tulang kau boleh terasa...

WINDY, COLD, CLOUDY


tapi of course yang tak sama frankfurt sangat dry, whereas malaysia sangat lah humid..

aku yang hanya memakai jeggings, tees n cardi

gambar caramel sundae berlatar-belakangkan burger king drive-thru shah alam

kamu orang tak rasa ke kesejukan yang aku rasa??


ini gambar masa dekat titisee (forgot the spelling) dengan mama.. titisee ni tak silap nya dekat sempadan switzerland dgn germany... sumpah aku tak ingat.. dah lama kot..


tapi seriously, rasa nak SANGAT-SANGAT pergi balik sana.. wuhuu.. kumpul duit, bila kaya kita pergi ok!!!