Friday, December 31, 2010

nak Victoria's Wings! lelaki-lelaki sila lupakan niat nak klik sini, gi main jauh-jauh..

i want these!!! well the first one i totally jatuh cinta would be back in 2008..


THE HUGE FUSCHIA RIBBON WINGS! Heidi Klum pakai time tu.. it's soooo gorgeous!
2 years later, VS had more wings for their Fashion Show!!

source: marie claire
Actually she cried masa dapat her first wings, dia sangat terharu! She did two different wings for this show.. The first one, it was long and fluffy! but i like this one better.. Cute!

source:blogcatalog
this one is actually my fav!!! it was almost like Heidi Klum's ribbon wings, it's just much more with colours! i mosaic-ed her abs and thighs cuz she's just wearing you-know-what.. hahaha it's Victoria's Secret Fashion Show la braderrrr, HELLLOOOO!!!

kalau kau pakai kat dinner ni kan kawan, memang mau terbeliak la dekan aku tengok.. well, aku nak wings dia je.. berangan nak pakai kalau ada costume party.. alahai, aku jahit sendiri la jawabnya!

p/s: for guys yang gi tengok benda ni.. dont tell me i didnt warn yaa........ terang-terang kat title atas tu kot!

courtesy : Victoria's Secret

Wednesday, December 29, 2010

living in a race..

aku tak tau macam mana nak mulakan ayat untuk kali ni... it's 2010.. and being a 20 really taught me about life, and the people around me.. tak payah la nak plastik lah kan dengan tergedik-gedik jerit-jerit kata aku happy gila for 2010.. no no nooo.. tahun ni most people around me tunjuk their true colours.. hitam putih warna yang mereka tunjukkan tu, Tuhan je la yang tahu kan.. but ada a fraction of these people yang aku truly appreciate.. ada 2-3 orang kawan-kawan aku ni, di mata orang nampak macam dorang ni 'a huge LOSER' dan sangat pathetic tapi they actually understand me alot!
HEART them, may Allah blessed them!

dorang la mengajar aku bersabar.. and they taught how karma goes back around.. so it's true bila orang tua-tua kata kita kena pandai memilih kawan, bukan kawan yang ada harta, atau yang famous lagi glamour kalah Siti atau kawan yang hap-tu-det but kawan yang understand your situation and doesnt pull you down lagi jauh.. someone yang bukan plastik and kept giving me white lies.. cuz frankly speaking, aku pun dah tak larat dah nak tipu sunat.. aku tak boleh la nak please other people all the time kan?? aku tak nak bagi contoh lebih-lebih kat sini, cuz bagi contoh tu pun kadang-kadang dah buat orang terasa.. *kalau yang ini pun ada sesiapa terasa, i mintak maaf banyak-banyak ok* cuma for 2011, i should be more alert when it comes to benda macam ni, so i can have a lil peace in my mind.. tak larat dah la nak sakit hati pasal orang lain.. lagi sakit hati, lagi banyak aku menyumpah, lagi banyak dosa aku dapat.. c'mon, nak kata aku baik sangat pun takde la kan??

mungkin previously aku tak reti sangat nak jaga hati orang kot.. kot lah... tu yang semua pun buat macam bila susah cari aku, bila senang, ko pikir la sendiri.. benda ni pun tak applicable dekat kawan-kawan je.. kadang-kadang relatives sendiri buat macam ni.. bila Stitch kata

OHANA MEANS FAMILY, FAMILY MEANS NO ONE IS LEFT BEHIND...

tapi yang aku rasa being in a family zaman sekarang ni dah macam living in a race.. lagi ramai orang suka tinggalkan kau belakang-belakang.. pastu boleh la boast banyak-banyak... terlalu banyak yang nak dibanding-bandingkan.. memang la tak semua yang buat perangai.. but i'll tell you.. PLENTY.. and i'm glad abang-abang aku dengan mama never leave me, walaupun dulu-dulu result hancus ke, bodoh bengap ke, muka nerd belah tengah ke, rosak kan PC ke, atau hilangkan duit raya ke.. apa pun for 2011 im gonna prioritizekan family and studies dulu.. benda-benda lain, belakang cerita lah... kita buka buku lain and kalau apa-apa bother us, "ignorance will be my new bestfriend..." and hope to see more nice people next year... yada yada yadaaaaaaaaa!

p/s: tak tertakluk kepada kawan rapat dan separe rapat :D saya sayang mereka! kenapa saya sayang mereka? sebab dia besttttttt...

Monday, December 27, 2010

SOS - Save Our Seafood

korang suka makan seafood tak??

suka kan???

lagi 10 tahun korang nak makan seafood lagi takk??

nak kan??

kalau anda sayangkan makanan laut anda dan rasa nak makan dengan anak cucu anda

spread the words people!


for Malaysian Seafood Guide click here
sumber-sumber ini oleh WWF Malaysia! hoyeah!!

Saturday, December 25, 2010

SAKIT PERUT?? cuba ini!

today is christmas! well aku tak la sambut christmas tapi bagi pembaca yang menyambut.. MERRY CHRITMAS TO YA!!

usually tak kira korang sambut perayaan apa sekali pun.. yakni Raya Puasa ke, Qurban ke, Deepavali ke, Chinese New Year ke, Pongal ke or even Gawai sekalipun!!! korang mesti menghadap or to be exact melantak makanan atas meja yang mama korang sediakan.. kalau raya jangan cakap ler, 2 hari sebelum tu dah ada orang hantar mangkuk tingkat setinggi KL tower.. korang le yang perabih kan, ye dok?? *padahal aku pun same je hehehe*

yang ni untuk li-lyne, in case kau makan banyak sangat manok pansuh or janek bakar for Xmas.. pasni makan dengan berhati-hati ye!

so dah telan macem-macem tu, dengan ada la lebih kurang 50 jenis lauk pauk dan 30 jenis kueh yang korang dah telan... 90% bakal ada nya side-effects.. benda ni more tu c*rit-b*rit la.. selalunya ada feel-feel macam ni la ek
simtom-simtom nya ialah:


1) sakit perut
- dalam perut korang ada semcam bunyi tayar baru lepas pancit.. nak metafora dasyat lagi? belon baru lepas kan angin
- macam ada batu kerikil main batu seremban dalam perut.. pergolakan macam bunyi "kruukkk kriukk kriukk krukkkk".. imagine sendiri la weyh...


2) bila buang angin bau nye.. mak aihh!! baeng seyh.. gas asli betul! pernah pergi petrosains?? pernah bau crude oil belum tapis?? haa macam tu la bau dia!


3) kerap ke toilet kerana membuang dot dot dot akibat kec*rit-b*ritan
*aku takut korang tengah makan sambil membaca.. hahaha

ok petua orang tua-tua tu tak la kot but aku bagi korang apa yang mak aku bagi aku makan minum..


1) avoid
- susu and all dairy products cuz benda tu boleh trigger muntah plak.. even gastric yeah.. soya pun try to avoid.. nanti dia curd dalam perut.. KOT? entah la mcam mana boleh curd kan.. aku belajar bio sampai form 5 je.. hahaha.. and cream soup v*no atau c*mpbell pun tertakluk dalam kategori ni aa.. tengok la base apa.. kalau tepung takpe.. tapi base susu.. jangan laa...
- kari, spicy kot.. dah sakit perut nak tambah sakit lagi kan??
- and ALL spicy food and oily food.. deep fried, fast food.. sambal-sambal.. avoid la weyh.. jangan time-time macam ni kau nak mengidam macam-macam..


2) try plak minum
- 100 plus.. cuz nak replace air dalam body.. kalau klinik bagi rehydration salt telan tu pun ok.. sama je fungsi dia..
- air teh pekat... TOO much and korang tak leyh membuang! it gonna cause sembelit plak..
- soup.. clear soup! sup fishball or ayam ok dah kot.. yang ada halia ke.. bagi tolak angin.. TAPI! yang takde rempah ratus la.. not sup utara lahhh pleaseee!!!
- eat fruits.. any fruits yang tak 'tajam'.. macam air tebu tu tajam kat perut jugak la kan..



tu je pesanan aku.. tips2 lain aku tak reti sangat.. well bak kata Mother Gothel, mak tipu si Rapunzel..
"mother knows BEST!"

sumber gambar mak tipu : disneydreaming

Friday, December 24, 2010

bukan fifteen tapi thirty

alhamdulillah! my blog now ada 30 followers.. (it's actually 31, tolak myself would be 30 la kan)
*bungok orang dari ratus-ratus, ribu-ribu.. kauuu?? baru 30??? hahaha jangan buat lawak sarkas beb!!*


sempena dengan itu dan nasihat kawan-kawan saya (tak semua la.. bape kerat je naaa...!!) aku register la nuffnang! yess mula-mula dulu ye-ye aku tak nak buat kan??
*tolong jangan sepak saya.. tolon tolon!!*


tak lah mengharap beribu follower tu kan.. tapi hope orang baca apa aku tulis, gambar apa yang aku tepek.. anything that i came across, i'll writeandpasteandpost it here okie dearies??

TO ALL FOLLOWERS AND BOOKMARKERS, THANK YOU! muwahh!

it's not okay cause it's an issue.. *editted*


aku ada ramai kawan lelaki berperwatakan yang lembut.. but Allah blessed them all, they are all straight ye nyah! and oh yes, i love them all! cause they are very nice people!

but this guy.. he looks normal.. but huh! tengok la sendiri and figure out urself whether is it ok or not okay... tak nak la judgemental sangat *well previously terlepas cakap....*


du'a: mintak jauh family aku dari benda-benda macam ini...

mungkin dia nak Malaysia tenggelam kot.. macam Atlantis? hah jangan nak merepek!

Wednesday, December 22, 2010

malt drink ada wujud kah?? part 2




kalau dulu try istak original.. rasa dia *hak-hak-tuih* sikit la kan..



yang kali ini i tried apple (mine) and peach (abang ajip's) flavoured barbican drink.. puas dah citer istak je.. sian si barbican ni.. "alololo bucuk-bucuk barbican sayang ye??" sungguh sodappp yang ada perisa-perisa ni weyhh..





okay, bagi yang first time try drink mesti akan rasa semacam punya kelat-kelat ala-ala macam korang makan manggis busuk gitu kat tekak you tuu.. tapi for Malaysians yang lidah nipis @ tak tahan makanan pedas *like me* drink ni neutralise kan kepijaran kepedasan Arab Cuisine yang korang telan.. Seriously, Arab food can be very dry and heck bodied with spices.. tak tahu la if drink ni neutralise tekak aku je kan? but that is what i felt la.. ke itu firasat aku semata-mata?? ummm korang try dulu dah bagitaw aku eh?? hahaha






i had dinner with my family dekat an Arab cuisine restaurant.. dia dekat area-area depan gate belakang UiTM section 2.. (tapi kedai ni kat section 7 yeah).. masa kecik-kecik ada gak la makan Arab cuisine tapi kat KL, sumpah la tak ingat kan.. mau-mau nya kedai tu dah bungkus, satu koje la pulak nye teman nak gi mencari nye ye?? yang ni sebelah dobi tak silap.. nama restoran tu pun tak ingat.. pepandai la korang round-round area tu and cari restoran ni.. lagi-lagi penunggu-penung,.. err i mean pelajar! pelajar-pelajar UiTM section 2 korang rajin-rajin la round area ni.. jangan asyik tawaf MidValley dengan Sunway je..


*hahaha kantoi disitu*



i just would recommend to take hummus, soup or something with 'juicy' *is that the word* or 'with kuah' cuz typical Malaysian *like me* (again.. semangat patriotisme sikit.. ahaks..) memang kena something yang ber'gravy' sikit.. but they're selling this barbican drink for rm 4.50 if not mistaken.. masuk duti import ni nyahhhh!! kau ingat benda ni macam rokok kretek ke ape?
*sorry ya mas.. bercanda aja..*






nak tau pasal Istak?? boleh refer dekat post lama.. check kat archive tepi nung..








korang : malas la nak carik.. bagi shortcut la woy!




aku : femalas tol lah korang ni!! nah, klik sini!

Thursday, December 16, 2010

expresi


gambar untuk buat diri sendiri gelak tatkala dibawah tekanan

Tuesday, December 14, 2010

Photostreet : Chapter 1

salam and hi
pictures taken around kuala terengganu.. pasar payang, kampung cina, and seberang takir.. i was sleepy and tired all the way.. so i guess its a so-so picture.. tak gempak pon.. however comments sangat diperlukan..
BTW i like the first picture.. the kids were playing on a somewhat wrecked wheelchair in the middle of the pasar payang itself! ok, tengok semua gambar ye!

yes, my tutor.. again!




another one.....

i like to captioned this a "meeting JKK kampung" hahaha


Monday, December 13, 2010

mari kumpul resipi Jagung!

eheeee... korang suka makan jagung tak??
Jagung Bakar??
Jagung Rebus??
Jagung Stim??
Jagung Cup??
Jagung Pearl?????????????

ni lah jagung pearl, beli kat pasar malam tadi.. too masin for my liking actually but ok laaaa...

sepanjang aku study dari tadika *haah tadika beb* sampai lah masuk degree there's always jagung! anywhere!!! *in malaysia je la, of course*


well honestly in Selangor jagung dia sekarang sangat lah tak sedap.. jagung memang ambil stok frozen je kot.. susah sangat nak cari yang ade X-factor-yang-pergh-superb-gilerr... BUT dulu masa zaman aku tadika, ada satu kedai (sekarang a few actually) kat Kompleks PKNS tu.. Nelson's! (kedai dia kaler hijau kuning) Uuuuu masa kecik-kecik kalau ikut mama pergi PKNS tu memang takkan miss singgah situ and Madeline *madeline punye chicken pie sedap ohh* Ok, kalau dekat Nelson tu ada Jagung Cup, Aiskrim Potong, Aiskrim Putar (maybe yoghurt kot.. macam masam-masam sikit dengan tabur berries.. haha tak ingat derr) Waffle.. Paling tak miss Aiskrim dalam Cone Waffle yang BAPAK BESAR TU... *ade siapa-siapa meleleh air liur??*


Sekarang ni rasanya mana-mana dah boleh jumpa Nelson.. Dah lama tak beli anything kat kedai ni so tak taw la apa rasa jagung dia sekarang kan..


HAAAA


dekat Terangganu macam-macam resipi aku tengok bagi mereka-mereka ni bikin laku kan jagung-jagung mereka..


ok salah satu nya if korang gi dekat Surau dekat area Syahbandar.. betul-betul kat simpang nak keluar surau tu ada la 2-3 gerai cendol, air and so-on.. kat situ jagung di AUMMMM.... air jagung pon dia ada jual..


resipi dia is jagung rebus, garam, butter @ marjerin (butter mahal sikit la but taste heck alot better), sedikit aji-no-moto (i dont like aji that much tapi kalau korang nak letak, ikut citarasa masing-masing la ye..) dan the not-so-secret-ingredient (well after aku bongkar ok!) is krimer!
yesss letak krimer pekat sikit.. kalau jagung rebus tu ada la dalam 2/3 periuk letak dalam 2-4 sudu besar.. alaaaaaaaaa korang adjust-adjust la sendiri.. malu la nak tanya brader tu... hehehe


ok next one is dekat depan Taman Tamadun Islam.. kakak yang buka gerai ni dengan hubby dia.. anak dia pon tolong-tolong sekali.. kakak ni dah gantung banner besar

"Jagung Bakar Special"

memang best la jagung dia.. pasal Marjerin dia sapu tu pon special.. mula-mula i can't figure out apa yang dia sapu kaler coklat-coklat tu.. peanut butter ke??? tapi nampak cam lembik-piek-piek-keceplek je.. but aku rase la.. RASENYE LA KAN resipi dia macam ni..


jagung fresh, garam sikit, aji sikit... marjerin ada terbahagi kepada dua.. marjerin kosong dengan hehehe marjerin special dia.. marjerin + gula hangus!! itu pasal la marjerin piek-piek-keceplek tu kaler coklat! kot... hahaha well, this is just a wild guess.. cuz after dia bakar jagung tu and sapu dengan marjerin ni.. kuah marjerin yang dah cair tu SANGAT LA MANIS! macam makan pop corn!!! and plus i think masa bakar dorang sapu sikit dengan susu condensed.. sooo jadi sangat sedap!

and yang aku dapat through internet Jagung Bakar dekat Teluk Ketapang punya resipi

5biji jagung fresh yang manis
25gram butter
100ml susu skim ferementasi *i think he means kondensasi*
setengah sudu garam
cara-cara:

bakar atas bara arang, at the same time campur butter garam and susu tu.. but save sikit susu untuk merenjis.. bakar sampai separuh masak and at the same time renjis dengan susu skim tu.. sampai masak..

hehehe so ni je resipi kali ni.. tataw la betul ke tak resipi aku bagi kat korang-korang ni.. kalau korang ada resipi bocor.. pass it to me lah ehh??? hahaha

Saturday, December 11, 2010

atas permintaan *tak-berapa* ramai... extend

WARNING : INI CAM-WHORING... EH BUKAN! INI PAGE PERASAN SENDIRI.. KALAU ANDA ALLERGIC DENGAN PEREMPUAN GEDIK SILA JANGAN TEKAN.. TERIMA KASIH!

in between test shoots

*please DO NOT notice ke-demok-an pipi saya*


mek lilin juga jadi bidan terjun bersama-sama


flash buat saya gemuk!

inilah tutor saya yang comel tu!! heeeeeee

credits to cheq mang @ najmi saad
*bajet ninja*


memoirs of a geisha??? ohh puh-leezzz!!!

it's me not d*ana rikas*ri okayy??? hahaha mungkin ada bau-bau bacang tapi bukan orang yang sama *konon*

p/s: only edit backlight and tambah watermark.. malas nak edit buang jerawat.. time ni makeup pun tak sempat atas permintaan photographers yang nak cepat and kejar sewa kimono 20 minit.. dah tak lawa sedar diri sikit la kan??? hehehe

p/ss: photog no3 suruh letak gamba lagi.. sambil promo yea.. terima kasih kepada lecturer photography saya, wak, piang, aming dan cheq mang yang ambil gambar si perasan ni.. siapa-siapa yang perlukan photographers untuk nak kahwin ke tunang ke, grad ke, events ke.. adik lelaki anda sunat sekali pun.. boleh la roger-roger ye!

itchy me

assalamualaikum and good evening ladies and gentlemen..
*ewwwwwwwwwwwwwww bajet pembace berita

tadi i went to a government hospital on the purpose of nak teman mama.. she had infection thingy la la la soo mama suro gi buat checkup jugak.. 'cause for the past one month i had EXTREME BAD RASHES.. ok i had eczema tapi dia macam get worse selepas mandi di satu air terjun kat janda baik.. itchy satu badan..


PLEASE JANGAN KATA AKU KENA SAMPUK BUNIAN SAMPAI AKU JADI GATAL-GATAL MACAM TU OK...


takut la infection ke.. terkena bacteria perosak ke.. klu transmission of virus nakal ke...
so dengan tak pasal-pasal selama beberapa hari ini aku jadi SANGAT PARANOID!


eeeee call me ade perasaan Obsessive Compulsive Disorder.. oh my! tapi bila aku berdoa banyak-banyak supaya tenang kan hati and jauh kan dari penyakit bawaan semua virus-virus dan bakteria sengal itu! InsyaAllah tarappapa.....


so bagi menguatkan lagi keyakinan terhadap body ku, yes.. i went for a checkup dengan doctor *sumpah paranoid punye pompuan*
after long explanation of la la la... the doctor said..
*ayat dia lebih kurang sama dengan bawah.. jangan la expect same ye.. saya bukan voice-recorder*



"jangan risau, you need to know what your illnesses are about.. since you have this and that and dot dot dot.. it's atopic.. bukan macam kudis yang jangkit-jangkit tuu.. but you have your ubat continuously.. eczema memang kena DEPENDENT DEKAT STEROIDS SEPANJANG HIDUP.. KALAU TAK MAKAN, YOU CAN HAVE INJECTION BUT YOURS TAK TERUK.."


aku tak terkejut sangat part inject tu... tak heran sangat la cause kecik-kecik selalu demam and yes, JAB... ouch!


tapi bab LIFETIME STEROID??? Goshhhhhhhhhhhhhh.....
tolong please help me!!!

ohh someone please stop the itchiness!! Ya Allah!! please!!!

gambar: sumber google ; buzzle.com